Make your own free website on Tripod.com
MS ISO 9001:2000 REG. NO. AR3305
TARIKH KEMASKINI : 23 DIS 2004
KUMPULAN NORSHAM
Free Web Page Hit Counter
  Nombor pelawat  

Sunday 26-Dec-2004 9:50

Laman Utama

Norsham Industries Sdn. Bhd. (NISB) telah ditubuhkan pada 3hb. Disember 1996 dan memulakan operasinya sebagai pengilang papan suis elektrik dan Kontraktor Elektrik Kelas A di kilangnya sendiri pada 15hb. Ogos 1997.

Bangunan NISB terletak di Lot PT 7242 K, Kawasan Perindustrian Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu Darul Iman. Semua aktiviti pembuatan, pemasangan dan pentadbiran di NISB dilaksanakan di bawah satu bumbung. Keluasan kawasan tersebut adalah lebih kurang 0.501 ekar persegi. Loji-loji dan mesin-mesin yang terdapat di kilang sebahagian besarnya adalah berfungsi untuk membina rangka logam papan suis, papan agihan, panel dan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan kejuruteraan.


Setelah berkecimpung di dalam produk papan suis, menjelang 2004 Kumpulan Norsham dengan kerjasama R&D dari Norsham Industries telah mempelbagaikan produk dan berjaya mengeluarkan produk baru iaitu lampu kalimantang dengan jenama NURLITE. Ia terbahagi kepada kepada dua bahagian produk iaitu Recessed Luminaires dan Fixed General Purpose Luminaire.

NURLITE telah mendapat lesen persijilan barangan dari SIRIM QAS. Sekolah Kebangsaan Bukit Nenas, Setiu, Terengganu adalah sekolah pertama yang menggunakan produk lampu NURLITE. Dengan produk tersebut, ia dapat menambahkan lagi produk baru dalam Kumpulan Norsham.


Norsham Furniture Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat persendirian yang ditubuhkan pada 27 Januari 2004 di Kuala Terengganu dengan kerjasama R&D dari Norsham Industries mengeluarkan produk baru iaitu perabot besi (metal furniture) seperti perabot makmal, perabot dapur, perabot rumah, pejabat dan hospital. NFSB berhasrat untuk menjalin hubungan dengan negara luar bagi pemindahan teknologi dalam bidang ini


Syarikat Elektrik Norsham merupakan sebuah perniagaan perkongsian (keluarga) yang dimiliki oleh 100% ekuiti Bumiputera. Ia ditubuh pada 15hb Mei 1987 di Johor Bahru dan telah berpindah ke Kuala Terengganu pada bulan Oktober 1989 disebabkan oleh peluang perniagaan dalam bidang perkhidmatan pendawaian di Pantai Timur amat menggalakkan.

Syarikat Kejuruteraan Elektrik Norsham telah mula diperbadankan pada 21hb September 1995 di bawah Akta Syarikat 1965. Ianya ditubuhkan bertujuan untuk pembelian hartanah kilang Norsham Industries Sdn. Bhd.