Make your own free website on Tripod.com
KUMPULAN NORSHAM

Profil Syarikat

MOTTO :

Pengeluaran berkualiti harga kompetitif dan kepuasan pelanggan

WAWASAN :

Yakin untuk mencapai taraf usahawan berwibawa dan profesional dengan daya saing yang tinggi ke tahap global

POLISI KUALITI :

NISB komited ke arah mencapai taraf usahawan sebagai pengeluar, pembekal dan Kontraktor Elektrik yang berwibawa dan profesional dengan daya saing yang tinggi ke tahap pasaran global dan menawarkan harga yang kompetatif melalui komitmen oleh pengurusan atasan dan semua pekerja untuk memenuhi dan melebihi keperluan pelanggan dan berusaha untuk mempertingkatkan kualiti produk secara konsisten disamping melaksanakan tindakan penambahbaikan secara berterusan ke atas sistem kualitinya bagi merealisasikan Cabaran 2020.

Objektif

Penubuhan Kumpulan Norsham bukan semata-mata menyahut seruan kerajaan agar lebih ramai bumiputera menceburi industri sektor elektrik, malah mempunyai objektif-objektif lain iaitu :-

# Melatih anak-anak tempatan agar lebih mahir dalam perkhidmatan kontraktor elektrik, industri papan suis dan lampu kalimantang.

# Memberi peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

# Mempelbagaikan aktiviti elektrik dan kejuruteraan di dalam Syarikat Kumpulan Norsham.

# Menggabungkan kemahiran kimpalan dan elektrik untuk menghasilkan komponen elektrik.

# Menjadi sebahagian Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) tulen, berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing dalam bidang pembuatan produk/komponen dan perkhidmatan kejuruteraan.

# Melibatkan diri secara serius dalam R&D (penyelidikan dan pembangunan)


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Kumpulan Norsham terbahagi kepada dua iaitu :-

i) Pembuatan

# Panel Motor Pengawalan

# Panel Penghidup (starter) Penghawa Dingin (penyaman udara)

# Panel Penjana

# Membekalkan tenaga kerja Pengimpal Aluminium bot ronda.

Pengeluaran Lampu Kalimantang seperti :-

# Lampu Pendaflor Jenis Salur..

# Lampu Pendaflor Jenis Salur l/d Pembalik Logam.

# Lampu Pendaflor jenis Salur l/d Diakon Diffuser.

# Lampu Pendaflor l/d Pembalik Aluminium dan Ram.

# Panel Penghidup Pemampat Udara.

# "Feeder Pillar"

# Papan Alat-alat Kawalan# Panel Penghidup "Withdrawable"

# Membekalkan Papan Suis & Papan Agihan untuk bot ronda.

Pengeluaran Perabot (furniture) seperti :-

# Kabinet.

# Almari.

# Rak Perpustakaan/Sistem rak.(library shelving)

# Kelengkapan Makmal (laboratory furniture)


ii) Perkhidmatan

Kumpulan Norsham turut menjalankan kerja-kerja berikut :-

# Pemasangan Kabel Bawah Tanah melebihi 11KV.

# Pemasangan Talian Atas sehingga 33 KV.

# Pembersihan Kawasan Talian Atas sehingga 11 KV.

# Pemasangan Peralatan Bervoltan tinggi melebihi 6.6 KV.

# Pemasangan Talian Atas Voltan Rendah dan Kabel Bawah Tanah.

# Kerja-kerja pendawaian am untuk kilang, rumah dan pejabat.

# Kerja-kerja Penyelenggaraan untuk kilang kelapa sawit dan Jabatan Bekalan Air

Kumpulan Norsham juga mempelbagaikan perkhidmatan perniagaan sediaada dengan kerja-kerja berikut :-

# Koordinasi secara keseluruhan kerja-kerja perkapalan dari mula hingga akhir.